Monday, April 25, 2011

SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM STAQ MANHAL

Permohonan adalah tawarkan kepada calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Pengajian Peringkat  STAQ TM secara sepenuh Masa di Manhal dalam bidang :
PERINGKAT SIJIL STAQ (SIJIL TAJWID ALIYYAH DAN QIRAAT)
Syarat Kelayakan :
  1. Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  2. Tamat Hafazan Al-Quran sebanyak 30 Juz ATAU telah menghafaz Al-Quran sebanyak 15 Juz.
  3. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;
  • Pendidikan Islam
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab Komunikasi, ATAU
  1. Lulus salah satu pengajian peringkat sijil berikut :
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
  • Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri, atau
  • Sijil Empat Thanawiy, atau
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama serta diperakui oleh pihak Manhal-HPA, atau
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (bagi bukan warganegara) yang diperakui oleh pihak Manhal HPA. 

SIJIL PRA USULUDDIN DAN SYARIAH ISLAMIYYAH
1.       Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara.
2.        Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan  pangkat sekurang- kurangnya       MAQBUL atau                                                                                                                    
3.        Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;
  • Pendidikan Islam
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab Komunikasi

YURAN PENGAJIAN MENENGAH TAHFIZ

Thursday, April 21, 2011

KURIKULUM MENENGAH TAHFIZ


Secara asasnya pihak MANHAL  telah membahagikan 
3 kurikulum pengajian berdasarkan kemampuan pelajar :-
 
1.Tahfiz Al-Quran sepenuh masa

Penumpuan 100% hafazan Al-Quran.Objektif utama peringkat pengajian ini adalah tamat hafazan dalam tempoh 3 tahun sahaja.Pelajar dicadangkan mengambil  Syahadah Al-Quran setelah tamat hafazan kemudian ke peringkat pengajian SPM&STAM seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Takhassus Qiraat .

2.Tahfiz + Pengajian Akademik
Penumpuan 60% Al-Quran dan 40% Akademik.Objektif utama peringkat ini adalah tamat hafazan  dalam tempoh 5 tahun di samping penerapan kurikulum akademik di dalam pengajian pelajar. Di akhir pengajian,pelajar telah tamat hafazan dan telah mengambil peperiksaan SPM&STAM seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Takhassus Qiraat.

3.Tahfiz + Pengajian SPM/STAM
Terbuka kepada pelajar yang berumur 15 tahun ke atas,sedang menghafaz Al-Quran atau telah menamatkan hafazan di pusat pengajian terdahulu.Objektif utama peringkat ini adalah memberikan peluang pengajian akademik ke arah peperiksaan SPM & STAM kepada para pelajar yang tidak berpeluang mendalami pengajian akademik di pusat pengajian terdahulu.

Thursday, April 7, 2011

PROGRAM PENGAJIAN SEMASA

MANHAL menawarkan pengajian di peringkat Menengah Tahfiz dan Sijil Aliyyah .

1.MENENGAH RENDAH TAHFIZ ( TINGKATAN SATU HINGGA TIGA)
SYARAT KELAYAKAN :
LULUS 3 A PEPERIKSAAN UPSR / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN JAWI / LULUS TEMUDUGA
# PELAJAR LULUSAN TINGKATAN 3 DIBERI PILIHAN UNTUK TERUS KE TINGKATAN EMPAT ATAU TERUS MELANJUTKAN KE THANAWI SATU MAAHAD BUUTH AL-AZHAR MESIR

2.MENENGAH ATAS TAHFIZ DAN SPM ( TINGKATAN EMPAT HINGGA LIMA)
SYARAT KELAYAKAN :
LULUS PMR DAN CEMERLANG SUBJEK ASASI TAHFIZ / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN JAWI / LULUS TEMUDUGA.
# PELAJAR LULUSAN TINGKATAN 5 DIBERI PILIHAN UNTUK TERUS KE PERINGKAT STAQ ATAU STAM DAN JUGA DIBERI PILIHAN MELANJUTKAN KE PERINGKAT MATRIKULASI AL-AZHAR MESIR.

3.PENGAJIAN STAM ( SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA)
SYARAT KELAYAKAN :
LULUS SPM DAN CEMERLANG SUBJEK BAHASA ARAB DAN ASASI / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN ASAS BAHASA ARAB / LULUS TEMUDUGA.
# PELAJAR LULUSAN PERINGKAT STAM DIBERI PILIHAN UNTUK TERUS KE UNIVERSITI DALAM NEGERI ATAU  DIBERI PILIHAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH AL-AZHAR MESIR.

PENGAJIAN STAQ TM  (SIJIL TAJWID ALIYYAH DAN QIRAAT)
SYARAT KELAYAKAN :
LULUS SPM ATAU STAM, CEMERLANG SUBJEK BAHASA ARAB DAN ASASI ATAU SIJIL TAHFIZ YANG DIPERAKUI / LANCAR BACAAN AL QURAN DAN ASAS BAHASA ARAB / LULUS TEMUDUGA.
# PELAJAR LULUSAN PERINGKAT STAQ DIBERI KEUTAMAAN UNTUK TERUS KE MAAHAD AL QIRAAT AL-AZHAR MESIR.

LOKASI MANHAL



Thursday, May 20, 2010

Pengenalan MANHAL

Maahad Al-Ihsaniah (MANHAL) merupakan sebuah institut pengajian yang berdaftar di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Dan pada 1 September 2012 Manhal secara rasminya terus bergerak sendirian serta diuruskan sendiri oleh Al Fadzil Ust Jamal.

MANHAL mempunyai dua peringkat pengajian iaitu peringkat Menengah Tahfiz dan peringkat Diploma.

MANHAL menawarkan 3 program sijil iaitu Sijil Tahfiz Al-Quran, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Di peringkat diploma pula MANHAL-HPA menawarkan 3 program iaitu Diploma Syariah Islamiah, Diploma Usuluddin dan Diploma Takhassus Qiraat yang mendapat pengiktirafan daripada beberapa institusi pengajian tinggi. Lepasan diploma MANHAL berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam dan luar negara di antaranya Maahad Shoubra di Mesir, KUIS di Selangor, KUIN di Kedah, beberapa IAIN di Indonesia dan juga beberapa universiti di Timur Tengah. 












Maahad Al-Ihsaniah Lil Tahfiz Wal Qiraat dikendalikan sepenuhnya oleh Maahad Al-Ihsaniah, (MANHAL) Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan Pulau Pinang.

Penubuhan Maahad Al-Ihsaniah Lil Tahfiz Wal Qiraat ini tercetus hasil kesedaran terhadap peri pentingnya usaha penyuburan pemikiran dan intelektualisme demi mengembalikan kegemilangan tamadun dan peradaban Islam. Ia ditubuhkan sebagai perintis program pendidikan Islam khususnya dalam pengajian hafazan Al-Quran untuk mengisi era kebangkitan baru Islam yang lebih komprehensif sebagai wadah untuk melahirkan insan yang berilmu, bertaqwa,berketrampilam dan berkepimpinan.

MANHAL bercita-cita tinggi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang agama dan akademik serta mampu mempunyai sakhsiah terpuji. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menekankan aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).


-->

SUMBANGAN &KEJAYAAN PELAJAR MANHAL

 Ahmad Nasaei &Muhammad Umar Bin Rahim adalah mahasiswa diploma Takhassus Qiraat MANHAL  Simpang Ampat Pulau Pinang.
Penghargaan dan sokongan dari pihak Jakim atas sumbangan MANHAL
dalam memartabatkan para huffaz di negara ini.
-->