Secara asasnya pihak MANHAL telah membahagikan
3 kurikulum pengajian berdasarkan kemampuan pelajar :-
3 kurikulum pengajian berdasarkan kemampuan pelajar :-
1.Tahfiz Al-Quran sepenuh masa
Penumpuan 100% hafazan Al-Quran.Objektif utama peringkat pengajian ini adalah tamat hafazan dalam tempoh 3 tahun sahaja.Pelajar dicadangkan mengambil Syahadah Al-Quran setelah tamat hafazan kemudian ke peringkat pengajian SPM&STAM seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Takhassus Qiraat .
2.Tahfiz + Pengajian Akademik
Penumpuan 60% Al-Quran dan 40% Akademik.Objektif utama peringkat ini adalah tamat hafazan dalam tempoh 5 tahun di samping penerapan kurikulum akademik di dalam pengajian pelajar. Di akhir pengajian,pelajar telah tamat hafazan dan telah mengambil peperiksaan SPM&STAM seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Takhassus Qiraat.
3.Tahfiz + Pengajian SPM/STAM
Terbuka kepada pelajar yang berumur 15 tahun ke atas,sedang menghafaz Al-Quran atau telah menamatkan hafazan di pusat pengajian terdahulu.Objektif utama peringkat ini adalah memberikan peluang pengajian akademik ke arah peperiksaan SPM & STAM kepada para pelajar yang tidak berpeluang mendalami pengajian akademik di pusat pengajian terdahulu.
PENGAJIAN AKADEMIK MANHAL 2013
JADUAL PENGAJIAN MENENGAH TAHFIZ 2013
JADUAL PENGAJIAN STAM 2013
0 comments:
Post a Comment